Orang ini BUKAN ‘Ujub tetapi lebih halus dari ‘Ujub. (10) Memandang keupayaan diri, atau melihat kemampuan diri untuk melakukan suatu kebaikan atau menyandarkan amal ibadah kepada kekuatan diri ini berbeza dengan ‘Ujub. (9) Seseorang yang memandang keupayaan diri, melihat kemampuan diri melakukan suatu kebaikan serta menyandarkan amal ibadah kepada kekuatan diri ini adalah Syirik khafi kerana mempersekutukan Allah pada Af’alNya dan Sifat Nya Yang Maha Berkuasa memperbuat segala sesuatu. Meskipun mereka mempunyai pengetahuan berkenaan dengannya, mereka seringkali terjatuh kerana wujud sifat “keakuan” di dalam dirinya. (8) Orang alim (yang tidak mendidik hati nya dan tidak berusaha menyucikannya dengan pimpinan Mursyid yang siddiq) juga tidak mampu melepaskan diri dari Syirik khafi yang paling halus ini. Lazimnya orang-orang awam tidak peduli akan hal ini kerana tidak mempunyai pengetahuan berkenaannya, akibatnya mereka selalu lah bergelumang di dalam Syirik khafi tanpa mereka tidak sedar. (7) Tawakkal kepada makhluk adalah Syirik khafi yang paling halus dan hampir-hampir tidak dapat dikenali oleh orang-orang awam. (6) Menggantungkan apa jua kejayaan atau kemenangan kepada usaha ikhtiar, kemampuan diri atau kekuatan makhluq lainnya adalah Syirik khafi. (5) Bergantung hati kepada makhluq untuk memberi manfaat atau menolak mudarat adalah Syirik khafi. (4) Menyandarkan apa jua amal ibadah kepada usaha ikhtiar, kemampuan diri atau kekuatan diri adalah termasuk Syirik khafi. Tawakkal kepada Allah adalah tanda-tanda Keimanan dan Tawakkal kepada makhluq adalah menyalahi Tauhid, menjadi Syirik khafi. (3) Setiap orang beriman di perintah Tawakkal kepada Allah semata2 dan jauhi sama sekali Tawakkal kepada makhluq. (2) Bicara berkenaan Tawakkal berkait rapat dengan Taqdir, Qadha Qadar, Kuasa Mutlaq Allah Ta’ala, Af’al Allah (Perbuatan Allah) dan af’al makhluq, Dalam ertikata lain Tawakkal kepada Allah adalah cetusan dari Iman yang sebenar / Tauhid yang hakiki. (1) Tawakkal kepada Allah adalah menifestasi dari Kalimah Syahadah pengakuan Kalimah La-Ilaha Illallah.
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. ArchivesCategories |